PET (polietilina terefatalat)
PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa digunapakai untuk botol plastik yang jernih/transparen/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol ini dicadangkan untuk sekali pakai sahaja. Jangan pakai untuk air suam atau panas. Sebaiknya selepas diguna pakai, buang saja ke tong sampah.
HDPE (polietilina ketumpatan tinggi)
HDPE (high density polyethylene) biasanya diguna untuk botol susu yang berwarna putih susu. Ia hanya untuk sekali pakai sahaja, tidak boleh diguna pakai kali yang kedua.
PVC (polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembut DEHA)
V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang biasa dijumpai pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC iaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus boleh bocor dan masuk ke dalam makanan yang berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
LDPE (low density polyethylene) biasa diguna pakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembik. Barang-barang dengan kod LDPE baik untuk yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan LDPE biasanya tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.
PP(polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang paling penting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Cari simbol ini bila anda membeli barang berbahan plastik.
PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
"Other" mempunyai 4 jenis, iaitu:
- SAN – styrene acrylonitrile
- ABS - acrylonitrile butadiene styrene
- PC - polycarbonate
- Nylon
Plastik dengan jenis 7 iaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan sikat gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.
PC pula dapat ditemui pada botol susu bayi, gelas anak batita (sippy cup), botol minuman polikarbonat, dan bekas kemasan makanan dan minuman, termasuk bekas susu formula. Pada plastik PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imunitas. Dianjurkan tidak digunakan untuk tempat makanan ataupun minuman.
Oleh itu, sekira anda ragu, usah membeli. Sekiranya anda anggap suatu barang itu mahal, fikirkanlah kesihatan keluarga dalam jangka masa panjang kesan daripada penggunaan barangan plastik.
No comments:
Post a Comment